Scroll Untuk Artikel Lagi Menarik

Bengang Dengan Teguran Dari PU Amin Aliff Syukri Boleh Sound PU Amin Poyo

Nasihat atau teguran yang dilaksanakan sememangnya bertujuan untuk memperbaiki kesilapan agar dapat membuat perubahan dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Jika diteliti makna nasihat, ianya berasal dari bahasa arab ‘Nasaha’ yang bererti menapis iaitu murni serta bersih dari segala kotoran dan turut membawa makna menjahit.Nasihat menurut agama Islam menunjukkan bahawa Islam itu merupakan cara hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan seharian umatnya.

Ketika isterinya, Datin Seri Shahida berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video Sajat bergelek sakan di Instagram.

Seperti sudah dijangka tindakan usahawan kosmetik itu dik3cam teruk oleh netizen dan ramai yang menyifatkan Aliff seolah tidak menghormati isterinya yang berada di Makkah.

Video kontrove3rsi itu turut mendapat perhatian pendakwa bebas PU Amin yang menjelaskan hukumnya haram melihat video tersebut yang memaparkan Sajat bergelek. Jelasnya lagi, video tersebut mampu merosakkan akhlak anak-anak muda.

PU Amin: Ramai DM saya tanya apa hukum nya melihat Sajat gelek . Saya kata Haram . Jelas , terang dan nyata Haram. Minta maaf Dato . Saya mungkin tak kaya macam Dato dan tak layak untuk menasihati Dato . Tapi perkara seperti ini tak boleh berulang lagi . Saya tahu Dato nak promosi lagu Dato . Saya harap Dato faham.Saya tak nak anak bangsa dirosakkan dengan video gelek yang merosakkan akhlak anak anak kita . Semoga Allah muliakan Dato..

Semoga Music Video Dato bebas dari unsur unsur songsa@ng yang tidak baik . Semoga Allah pelihara Dato sekeluarga ..
Kalau netizen nak marah, dipersilakan . Saya berkata kata kerana sayangkan ISLAM dan anak keturunan saya . Demi kebenaran dan HUKUM Allah Swt. Ya Allah ! tunjukkan pada kami jalan kebenaran , dan beri kekuatan pada kami untuk menegakkan kebenaran itu , Dan tunjukkan pada kami kesalahan dan kesesatan itu agar kami kuat untuk menjauhi nya

Dalam pada itu, PU Amin turut memohon maaf kepada Aliff Syukri di atas nasihatnya itu namun dia perlu memberikan teguran kerana tidak mahu perkara sama seperti itu berulang lagi.

Tidak hanya berdiam diri, Aliff memuat naik foto PU Amin serta meluahkan rasa berang dengan teguran tersebut malah turut menggelar pendakwah itu seorang yang poyo. Aliff juga meluahkan hasrat mahu bertemu dengan PU Amin untuk berbincang.

Perkongsian Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff Syukri tidak boleh langsung menerima teguran. Malah, ada yang mengatakan jika tidak boleh menerima teguran jangan kongsikan sesuatu yang boleh mengundang kecaman. Tapi Nampaknya Aliff sudah memadam entrinya itu, mungkin kerana ramai yang kurang senang.

Ini bukanlah pertama kali nama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi panas. Apa pun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

Intipati nasihat dari PU Amin yang disampaikan sudah jelas menjaga adab semasa menasihati. Amalan nasihatnya itu juga merupakan cara untuk berdakwah. Oleh itu, nasihatnya yang telah diberikan sudah mengikut tatacara dan tertib yang tertentu serta mengambilnya sebagai pengajaran selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebelum ini, Selepas kena sound dgn Bonda Rozita, Dato Aliff dedah terima satu SMS kecewa dari Datin Shahida

Usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik video dirinya menyanyikan lagu barunya berjudul ‘Cowok Baru’ di Instagram.

Dalam video itu turut menunjukkan rakannya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tengok asyik menari bagaikan tiada hari esok di belakang Aliff.

Menurut Aliff, lagu terbarunya itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan merupakan lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini.

“Harap anda semua boleh bersabar. Saya faham terlalu ramai rakyat Malaysia yang inginkan dengar lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini. Saya ya.

“Nantikan Rabu depan, jam 12 tengah hari lagu ‘Cowok Baru’ di YouTube saya,” katanya.

BONDA ROZITA BAGI AMARAN KEPADA ANAKNYA ALIFF SYUKRI


Bagaimanapun, ibunya, Rozita Ibrahim, meninggalkan komen berikut:

“Suka kena kecam kan? Ida (isteri Aliff) buat haji, kau buat dangdut tergedik-gedik belakang tu. Nape nak kena cili ke poen si Sajat tu?

“Ko pulak Kri (Aliff), mak balik nanti ku libas ko yer. Nanti ko yer, tak habis-habis buat hal,” kata Rozita.

Komen Rozita itu mendapat banyak sokongan netizen yang turut menyarankan dia menggunakan pelepah sawit untuk melibas Aliff.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyeru orang ramai melaporkan video tersebut agar ia dipadamkan dari Instagram Aliff.

ISTERI DATO ALIFF SYUKRI, DATIN SHAHIDA LUAHKAN RASA KECEWA


Dato Aliff Syukri memuat naik satu screenshot pesanan ringkas (SMS) antara dia dan isteri beliau mengenai klip video yang dimuat naik.

Jelas ternyata, Datin Shahida kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan suami beliau, Aliff Syukri dikala beliau sedang mengerjakan Haji di Mekah.

Ini caption yang diletakkan oleh Dato Aliff Syukri bersama gambar tersebut.

Di mana ptut abg mengadu lagi?? Menjadi seorang @aliffsyukriterlajaklaris bukanlah benda yang mudah.. antara bisnes dan bakat terpendam… bagi abg untuk memahami semua orang abg tak mampu. Abang lemah abang tiada arah tuju..

Tak ada orang yang menyokong.. tiada ada orang Yang menghargai bakat abg..abg akan buktikan lagu #cowokbaru akan meletop no1 dan abang akan buktikan satu hari nanti abang akan terkenal bukan shaja di Malaysia tetapi di pilipin dan juga Thailand doakan usaha abang berhasil.. Walau apa yang berlaku abang akan tetap kedepan

Rata rata netizen menyatakan ini adalah salah satu gimik dan sudah pasti akan ada produk baru akan keluar. Tetapi apa yang beliau memang tidak mendapat kebanyakkan netizen. Ketika isteri sedang berusaha mencari pahala, suami di rumah sibuk mencari dosa. Semoga Dato Aliff Syukri sedar apa yang beliau lakukan adalah tidak begitu elok.

Inilah Video Yang Menjadi Kontroveersi. Dapat dilihat Bonda Rozita dan Datin Shahida agak kecewa dengan Dato Aliff b3rjoget dengan  Sajat

Kena Paksa

Baru je balik dari tunai haji, Bonda Rozita kena paksa dengar lagu baru Dato Aliff

Posted by Media2020.net on Saturday, August 17, 2019

Sampai menjerit Bonda Rozita bila dengar lagu baru Dato Aliff

Kredit:RotiKaya/BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *