Amalan

Sebab-sebabnya Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang S4lah

Sebab-sebab Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Insan Yang Salah.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, oleh itu masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH dalam apa jua keadaan.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH itu Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang mana tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya apabila kita bersama-sama Allah.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Harus kita ingat, biarpun insan tersebut pergi meninggalkan kita.. kita masih ada Allah SWT yang sentiasa Mengasihi dan Menyayangi kita. Cinta manusia tidak ke mana, yang kekal dan abadi hanyalah cinta Allah.

P/S: Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.

Sumber : citedunia.com

Jodoh Rahsia Allah

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih sekiranya artikal aku ini disiarkan. Aku harap apa yang aku luah ni dapat mewakili rahsia hati wanita diluar sana. Umur aku 25 tahun, bujang tapi sudah punya pasangan. Aku lepasan ijazah dan bekerja di syarikat swasta area Kuala Lumpur. Aku sama je macam pelajar-pelajar yang lain, habis je belajar pulun nak kerja untuk kumpul duit untuk bantu keluarga + kahwin.

Aku nak ceritakan soal jodoh yang sering diidam-idamkan. Cerita pendek hal aku ni, aku kongsi pada korang dulu sebelum aku melangkah ke cerita seterusnya. Pasangan aku bukan datang dari latar belakang yang berpelajaran tinggi. Tak ada kelulusan apa pun selain dari sijil dan dia bekerja biasa tapi gajinya boleh mencecak 2K++ to 3K bergantung dari komisyen yang dia dapat lah. Gaji dia jauh lebih besar dari aku yang berkelulusan ijazah ni yang hanya sekadar berpendapatan 2K setiap bulan. Kalau nak cerita soal jodoh ni, aku tak pernah meletakkan syarat syarat pada pasangan aku. Aku tak pernah nak berimpikan pasangan aku sehebat watak-watak dalam drama pukul 7 petang. Aku rasa bersyukur sebab dalam diri aku, aku tak kisah siapa pun yang Allah da aturkan untuk jadi pasangan aku. Aku terima seadanya. Tapi aku pun waras lagilah dengan nak mencari pasangan yang elok elok. Tidaklah aku nak main pilih je. Pada mata aku, kalau pasangan kau rajin cari rezeki halal, tau tanggung jawab dia, kau harus yakin dengan dia.

Aku tak la nak kata pelajaran tu tak penting. Yang aku nak highlightkan adalah walau kita tak ada pelajaran, kita masih mampu berjaya dan tutup mulut-mulut jahat yang suka mengata itu ini. Apa yang jahat? Aku tak pasti dengan orang lain, tapi ini yang aku pernah kena dan aku pekakkan telinga je. Aku tak faham mentaliti manusia yang kerap kata “Apalah, belajar tinggi-tinggi, tapi pasangan “biasa-biasa”, tak setaraf langsung”. Ini yang paling common la aku rasa untuk aku tempuh setakat ni. Pada aku, jodoh itu rahsia Allah yang terbaik. Siapa pun pasangan hidup kau untuk masa hadapan, orang tu mesti akan lengkapkan tiap kekurangan dan kelebihan kau. Percayalah cakap aku ni yang Allah tu akan bagi apa yang kau perlu bukan apa yang kau nak.

Siapa je tak nak bersuamikan pilot, doktor, datuk/tansri, atau yang berpangkat pangkat besar? Tak semua yang impikan macam tu tapi pasti ada segelintir yang macam tu. Mana tidaknya, setiap hari kita disajikan dengan drama anak orang kaya berkahwin dengan wanita tak berharta lalu hidup bahagia kerana semuanya telah tersedia. Masalah terbesar yang agak besar pada aku dalam kes “lelaki idaman” ni, bila mak mak kita terlalu letakkan harapan yang tinggi agar anak-anak perempuan berjaya dapatkan lelaki-lelaki seperti yang dibincangkan tadi. Korang tau tak benda tu sangat rumit bila pasangan yang ada dengan korang sekarang ni tak menepati ciri-ciri yang mak korang nak? Fuhhh…. pada aku tu da cukup rumit untuk aku nak kawal keadaan untuk aku lanjutkan hubungan ke arah lebih serious.

Aku selalu set dalam fikiran aku, tiap apa yang Allah tu beri pada kita mesti bersebab. Kalau pasangan kau tu bukanlah anak orang kaya atau seorang doktor pun mesti bersebab. Mungkin kalau kau kawin dengan doktor end up kau akan bercerai berai jugak sebabnya kau tak rasa suami kau selalu beri kau masa atau perhatian yang kau harap-harapkan macam dalam drama tu (ni aku bagi contoh je, korang jangan salah faham). Ada je yang kawin dengan doktor tu bahagia sebab dia faham tu rutin kerja suami dia. Yang jenis nak melekat dengan suami je susah jugak suami nak buat kerja. Kan? Bila mak mak atau family members kita da hari hari tengok rancangan yang seronok-seronok tu, akhirnya masalah tu akan terpalit dekat kita jugak sebabnya kita tak berjaya untuk dapatkan pasangan “idaman” untuk mak mak kita. Aku faham, mana ada keluarga nak tengok anak anak susah bila dah berkahwin tapi kalau dah jodoh kau orang biasa.. siapalah kita nak menolak takdir dan jodoh yang Allah da bagi?

Sebab tu aku ulang lagi, jodoh tu rahsia Allah. Kalau kita idamkan untuk ada pasangan yang ciri2nya semuanya hebat hebat, tanya semula dekat hati..bahagiakah kita kalau sekadar nak berlawan-lawan dengan orang lain yang ada pasangan idaman? Aku bagi contoh yang aku baru kena baru baru ni. Aku attend kenduri kawin kawan mak aku minggu lepas. Anak makcik tu adalah perempuan dan suaminya adalah seorang Pilot. Kalau dah dengar pilot mestilah wedding tu “gah”. Bila wedding besar-besar macam tu, maka berlaku lagilah masalah yang dikaitkan jugak dengan aku jugak dan kesnya macam ni;-

“Ha tengok tu kalau dapat pasangan kerja bagus-bagus, senang kawin semua lelaki sediakan. Tak payah nak susah susah kerja cari duit. Duduk je rumah. Suami bulan bulan boleh bagi duit” Korang rasa? Aku diam jela waktu tu dan kenangkan pasangan aku yang orang “biasa” tu. Pada aku, ijazah aku ni bukan ticket untuk aku cari pasangan sama taraf sbb sebab aku da biasa didik diri aku untuk terima siapa je pasangan aku. Sebab aku pun bekerja jadi aku tau betapa peritnya untuk mencari sesuap nasi dalam zaman ekonomi serba “hebat” ni. Sebab tu aku kadang kadang malas nak pegi kenduri kawin sebab nanti akan ada kes membanding-bandingkan dengan orang lain. Frust betul aku. Nak bahagia pun susah.

Aku tak pernah salahkan mak aku dengan “impian” dia. Cuma aku tak mampu nak bagi apa yang dia nak. Walaupun pasangan aku ni kerja biasa, perkara yang buat aku lagi rasa tenang terima dia adalah layanan dia pada mak ayah dia. Cukup buat aku rasa hormat dekat dia walau hidup dia sederhana, tapi cukup bahagia. Itu kebahagiaan yang aku cari. Hidup aku simple. Aku tak suka rumit rumitkan dengan benda yang tak kena dengan jiwa aku. Pernah aku cuba dapatkan pasangan yang mak aku idam idamkan tapi tak kekal lama sebab aku tak suka dan tak selesa. Jadi lebih baik aku cari yang kena dengan hati aku. Aku sentiasa berdoa agar mak aku lebih terbuka dalam pilihan hati aku yang serba biasa ni,

Ada orang cakap, peratus untuk bercerai/berpisah adalah tinggi bila hubungan ada masalah kewangan. Sebab tu kalau nak kawin cari pasangan yang ekonominya “kukuh dan stabil”. Siapalah kita nak menjangka kestabilan tu akan kekal 5 10 tahun akan datang? Kalau nak cakap soal duit/kewangan ni, setiap pasangan harus kerjsama. Kalau kita orang perempuan nak harap pasangan kita sorang je bertungkus lumus untuk cari duit, susah lah macam tu. Pada aku, kalau kau dah rancang nak bina hidup sama sama, biar susah senang sama sama. Kau bantu dia selagi kau mampu untuk pastikan semangat dia tak pernah hilang.

Siapa kita jugak nak jangka perjalanan hidup kita di masa akan datang? Mungkin Allah tu simpan dulu rezeki kita dan bukak seluasnya bila kita dah berkahwin. Yakin ke kita kalau kita kawin dengan orang biasa hidup kita akan sentiasa susah? Kita takkan berkemampuan nak beli rumah atau kereta? Jangan sesekali pertikai rahsia aturan rezeki Allah taala dalam kehidupan kita. Yang susah boleh senang. Yang senang boleh jatuh susah. Hidup ini roda. Adakala turun dan adakala naik. Layarilah kehidupan ini dengan sebaiknya..

Orang tua kita dari dulu dah didik untuk semuanya disediakan oleh lelaki sebab lelaki yang harus kerja kuat dalam mencari duit bukannya perempuan. Zaman dan berubah dan pada aku, zaman 2017 ni adalah zaman untuk kita sama sama kena ada simpanan dan bukan harapkan pada lelaki sahaja. Once kita kawin, in future kalau ada anak semua, percayalah yang kita wanita dan lelaki kena KERJASAMA untuk keluarga kita sendiri. Tp korang kena hati hati jugak. Yang lelaki tu pun jangan la amik kesempatan dalam kesempitan bila pasangan korang tu sanggup berhabis habisan bantu korang. Korang as lelaki kena la tetap jadi yang utama uruskan pentadbiran hubungan tu ye.

Apa yang aku boleh nasihat dan kongsikan dalam cerita aku ni, siapa pun lah pasangan korang tu, terimalah seadanya sebab kita jugak yang cari dan pilih pasangan kita. Korang tanya hati korang kenapa korang pilih dia. Sekiranya pasangan korang bukan pilihan keluarga, aku nasihatkan usahalah dulu untuk tambat hati bakal mentua korang. Solat dan doa jangan tinggal. Kalau pasangan kau tu orang yang baik, datang dari latar belakang keluarga yang baik baik tapi kekurangannya adalah pada “harta”, korang berusaha lah sendiri berdua utk kumpul harta masing dan buktikan yang kita mampu buat walaupun kita tak ada kelulusan yang tinggi.

Jodoh idaman ni memang seronok. Tapi siapa pun pasangan korang, berusahalah yang terbaik. Kita nak ubah mindset orang bukan senang. Sebab orang da terbiasa semuanya indah indah belaka. Kita kena jumpa susah dulu sebelum kita jumpa senang. Korang percayalah yang jodoh Allah tu adalah sebaiknya. Kadang kadang kita tak dapat apa yang kita nak tu mungkin Allah nak elak hati kita dari riak dan sombong pada orang lain.

Kadang2 dalam tak sedar, kita ni pun suka nak show off apa kita ada. Sebab tu kita dapat yang lebih kurang dengan kita untuk lengkapkan kita jugak. Sabarlah untuk yang ada masalah macam aku ni. Kita kena yakin dan doa selalu dan buktikan kita juga boleh bahagia walau kita bersederhana. InsyaAllah. Amin.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *