Scroll Untuk Artikel Lagi Menarik

Seorang dah kena ‘kutip’.Ini identiti suspek seorang lagi

SEORANG daripada dua lelaki yang cuba menyamun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan Grab Food di Phileo Damansara, Petaling Jaya, 9 Ogos lalu berjaya ditahan polis petang semalam.

Suspek yang berusia 33 tahun ditahan di kawasan Apartmen di Taman Kepong jam 4.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil soal siasat suspek mengaku terbabit dalam kes itu bersama seorang lagi rakannya.

Katanya, polis turut merampas beberapa barang lain daripada suspek seperti batang kunci motosikal jenama Solcar, topi keledar serta motosikal Yamaha 125 yang dipercayai diguna ketika cubaan samun berkenaan.

“Selepas ditahan, suspek mengaku terbabit dalam kes cubaan samun itu dan kawad cam dijalankan oleh mangsa juga mendapati lelaki itu sebagai individu dalam kejadian berkenaan.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod j3enayah lampau membabitkan curi kenderaan bermotor, mencuri dan memiliki barang curi mengikut Seksyen 379A, Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Kes3eksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Khamis ini.

Identiti Seorang lagi suspek

Katanya, polis sedang memburu seorang lagi suspek yang sudah pun dikenal pasti.

“Suspek pertama yang ditahan itu mengakui mengenali rakan itu ketika berada di Pe3njara Kajang pada 2010.

“Susulan itu, polis kini sedang memburu suspek kedua berkenaan,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu, penghantar makanan Grab Food cedera selepas bergelut dengan dua p3enjenayah yang cuba meny@amun Yamaha Y15 berhampiran Phileo Damansara, jam 2.53 petang.

Ketika kejadian, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

Seorang suspek mengarahkan mangsa turun dari motosikal dan menyatakan motosikal yang dinaiki adalah motosikal curi dan ingin mengambilnya.

Mangsa bergelut dengan dua penjenayah berkenaan sebelum dua suspek terbabit melarikan diri apabila mangsa bertindak melawan.

Keadaan Grabfood Rider Selepas disamun dua penyamun

p/s: Semoga pelaku dihadpakan kemuka pengadilan dan dikenakan hvkuman yang setimpal.

Setengah orang sanggup membuat apa sahaja kerja halal untuk meneruskan kelangsungan hidup dan di satu bahagian lain ada yang sanggup membuat apa sahaja walaupun menyalahi undang-undang dan memuvdaratkan orang lain. – CARI

sumber; hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *