Scroll Untuk Artikel Lagi Menarik

Syurga Tergambar Dalam Senyuman Sebak Selepas Lahirkan Anak, Wanita Ini Meninggal Dalam Tersenyum

Rezeki, jodoh dan ajal maut semua sudah ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia, kita harus menerima setiap yang berlaku walau ketentuan yang telah tertulis perit untuk ditelan.

Seperti perkongsian menyentuh hati oleh seorang suami apabila isteri yang disayanginya meninggal dunia baru-baru ini selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Gambar : FB Firdaus Sutan Parpatiah

Kejadian yang dipercayai berlaku di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia itu menjadi tular di media sosial kerana jenazah wanita itu kelihatan seperti sedang tidur dalam keadaan tersenyum.

Meninggal dunia dalam senyum

Melalui perkongsian yang dimuat naik oleh si suami yang bernama Firdaus Sutan Parpitah, isterinya yang dikenali sebagai Divani Putriami meninggal dunia sejurus melahirkan bayi perempuan mereka.

Gambar : FB Firdaus Sutan Parpatiah

Sedih dengan apa yang berlaku, suaminya memilih nama si isteri sebagai nama kepada puteri mereka. Malah, pangkal hujung nama nama tersebut turut digabungkan dengan nama anak pertama mereka menjadi Divani Putriami A-Ghani.

Tak pandai cari nama yang indah sebab semua keindahan sudah bunda ambil

Maaf bunda, nama Putri kita. Pakai nama bunda saja.

Divani Putriami, copy nama abangnya sedikit, cuma hujungnya sahaja Chello Khenzi Al-ghani.

Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa-apa kan. Sebab gak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil.

Gambar : FB Firdaus Sutan Parpatiah
Gambar : FB Firdaus Sutan Parpatiah

Syurga sudah tergambarkan dari senyummu

Sementara itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih mereka di ruangan komen. Hanya doa mampu dikirimkan supaya si suami tabah dalam menghadapi ujian berat ini.

Dia seperti tersenyum melihat syurga

Indahnya dirimu meninggal dalam keadaan melahirkan

Sumber : Firdaus Sutan Parpatiah via siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *